
SALAH FAHAM ZAKAT PENDAPATAN
Ramai yang menganggap zakat pendapatan hanyalah melibatkan pendapatan dari gaji atau hasil perniagaan mereka....
tapi sebenarnya zakat pendapatan itu merangkumi semua hasil pendapatan yang diperoleh iaitu
➡️ Penggajian dan Upah Kerja
➡️ Kerja Bebas (freelancer)
➡️ Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya.
➡️ Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya.
➡️ Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual.
➡️ Hasil keuntungan pendapatan pasif seperti saham
Wah banyaknya nanti yang akan kena zakat !!
Sabar...
Dari jumlah pendapatan yang diterima boleh ditolak dengan asas had al-kifayah ialah segala keperluan asasi yang mesti ada pada diri seseorang dan tanggungannya seperti isteri, anak-anak, ibubapa, adik beradik dan sebagainya.
Keperluan asasi yang diambil kira dalam penentuan Had al-Kafayah adalah seperti berikut :
➡️ Perlindungan
➡️ Makanan dan minuman
➡️ Pakaian
➡️ Perubatan
➡️ Pendidikan
➡️ Pengangkutan
#zakat #zakatpendapatan #easyzakat #akramamani