
BEZA ZAKAT DAN CUKAI PENDAPATAN
apa beza zakat dan cukai pendapatan?
secara mudah, ada 5 perbezaan antara zakat dan cukai pendapatan
1. Syarat
Zakat adalah ketetapan dari Allah yang wajib dikeluarkan apabila cukup syarat sah zakat iaitu Islam, merdeka, milik sempurna, cukup nisab, cukup haul dan berkembang.
Cukai pendapatan adalah ketetapan dari kerajaan apabila pendapatan individu cukup syarat cukai yang ditetapkan oleh kerajaan.
2. Pembayar
Zakat hanya wajib untuk orang Islam yang cukup syarat sah zakat.
Cukai pendapatan ada wajib untuk semua rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan.
3. Nilai yang dibayar
Nilai zakat yang dibayar mengikut jenis harta dan dibayar apabila cukup setahan.
Nilai cukai pendapatan yang dibayar mengikut nilai pendapatan yang diperoleh setahun.
4. Sumber
Zakat dikenakan ke atas harta-harta tertentu.
Cukai pendapatan dikenakan ke atas pendapatan yang diperoleh sahaja.
5. Pengagihan
Zakat diagihkan kepada orang miskin dan fakir serta asnaf zakat yang lain.
Cukai pendapatan digunakan oleh negara untuk pembangunan negara seperti membuat jalan raya, membayar gaji penjawat awam dan sebagainya.
#zakat #cukaipendapatan #easyzakat #akramamani