• Main
  • News

Jenis Harta Pusaka

Jenis Harta Pusaka

JENIS HARTA PUSAKA

Apa yang dimaksudkan dengan Pusaka?

Menurut kamus Dewan, Pusaka adalah harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia untuk diwarisi oleh keluarganya.
Pusaka juga dipanggil Al Irth, Al Wirth, atau Al Wirathah dalam Bahasa Arab yang bermaksud warisan.

Apa jenis harta pusaka?

Jika kita lihat secara umum harta ini dikategori kepada dua sifat yang berbeza, iaitu harta alih dan harta tak alih.

Harta alih ialah harta yang mempunyai sifat gerak atau boleh pindah pergerakan secara fizikal. Contohnya seperti kereta, motosikal, basikal, pinggan mangkuk, pakaian dan peralatan mekanikal.

Harta tak alih pula ialah harta yang bersifat kekal dan tak boleh pindah lokasi yang berbeza. Contohnya aset tetap seperti tanah dan bangunan.

Sumber: Sinar Harian

#PewarisanHartaIslam #RancangUrusPusaka #RancangKeranaSayang #easyzakat #akramamani