• Main
  • News

Faham Ke Kita Infaq Sering Kita Dengar Ajakan

Faham Ke Kita Infaq Sering Kita Dengar Ajakan

FAHAM KE KITA INFAQ ?

Sering kita dengar ajakan infaq oleh rakan-rakan.

Namun adakah kita tahu maksud sebenar infaq?

Infaq berasal dari kata “anfaqo-yunfiqu” yang bermaksud membelanjakan atau membiayai yang berhubungan dengan usaha realisasi perintah-perintah Allah.

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, infaq merupakan pemberian berupa wang atau harta yang dibelanjakan untuk kebaikan dan kebajikan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Secara mudah untuk kita faham, infaq ni adalah aktiviti dimana kita mengeluarkan sebahagian harta kita dengan sukarela kerana nak bantu seseorang, individu, organisasi atau sesiapa pun kerana Allah S.W.T

Apa plan infaq hari ini?

#infaq #kongsirezeki #akramamani