• Main
  • News

Haul Nisab Zakat Ialah Wajib Untuk Semua Individu

Haul Nisab Zakat Ialah Wajib Untuk Semua Individu

HAUL ? NISAB ?

Zakat ialah wajib untuk semua individu yang beragama islam.

Adakah semua individu muslim perlu keluarkan zakat?
Benar, semua individu muslim perlu mengeluarkan zakat.
Wajib keluarkan zakat jika cukup syarat.

Antara syarat wajib mengeluarkan zakat ialah cukup HAUL dan cukup NISAB.

Apa itu HAUL?

Haul bermaksud genap setahun harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari.

Syarat haul tidak meliputi seluruh sistem zakat. Syarat ini diaplikasi kepada beberapa jenis zakat seperti Emas, Perniagaan dan Ternakan. Manakala Zakat Pendapatan, Pertanian dan Rikaz tidak disyaratkan haul.

Apa pula maksud NISAB?

Nisab bermaksud Kuantiti harta yang wajib dikeluarkan zakat.

Wajib keluarkan zakat apabila sesuatu harta yang dimiliki cukup nisab iaitu capai paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta itu dikeluarkan zakat.

Secara umum, setiap kategori harta mempunyai kadar nisabnya yang tersendiri.

Contoh:
▶️ Zakat Pendapatan, Perniagaan, Wang Simpanan, Saham dan Emas, nisabnya adalah nilaian 20 mithqal (85 gram emas).
▶️ Zakat Pertanian adalah 5 wasaq (atau awsuq)
▶️ Zakat Ternakan adalah berpandukan ukuran ketetapan yang telah dinyatakan dalam nas hadis.

Harta dah cukup Haul dan cukup Nisab ?

#zakat #haul #nisab #easyzakat #kongsirezeki