• Main
  • News

Zakat Apa Nak Kena Bayar Ni Sebelum Tahu

Zakat Apa Nak Kena Bayar Ni Sebelum Tahu

ZAKAT APA NAK KENA BAYAR NI?

Sebelum tahu zakat apa nak kena bayar, harusla familiar dengan jenis zakat yang ada.

Zakat terbahagi kepada dua (2) iaitu
1. Zakat Fitrah
2. Zakat Harta

Zakat fitrah juga dikenali dengan zakat diri dan zakat Ramadhan telah diwajibkan pada tahun ke-2 Hijrah iaitu sama dengan tahun diwajibkan puasa dalam bulan Ramadhan. Zakat Fitrah diwajibkan adalah bertujuan sebagai penyuci orang yang berpuasa dari perkataan-perkataan keji dan buruk yang mereka lakukan sewaktu berpuasa. Selain itu, zakat Fitrah menjadi makanan untuk kepada orang-orang yang miskin.

Zakat harta atau Maal adalah zakat yang diwajibkan apabila sudah mencapai nisab akan sesuatu harta tersebut. Ini bermaksud harta yang dimiliki mencapai jumlah tertentu. Zakat harta ini merangkumi hasil perniagaan, pertanian, hasil ternak, hasil temuan, emas, perak dan matawang dimana harta-harta tersebut memiliki kadar nisab yang tersendiri.

#zakat #jeniszakat #zakatfitrah #zakatharta #easyzakat #akramamani