
FORMULA MUDAH FAHAM AKAUN
Pengurusan akaun sangat penting untuk usahawan
Ramai yang tercari-cari formula mudah untuk faham pengurusan akaun
hari ini kami kongsikan formula mudah faham akaun dari Mentor Akaun kami, Puan Rozita iaitu Do ReS
Do : Dokumen
Re : Rekod
S : Simpan
Contoh dokumen sokongan adalah resit. Resit terbahagi kepada 2 kategori iaitu 'Resit Duit Keluar' dan 'Resit Duit Masuk'. Selain dari resit, invoice dan bil juga merupakan dokumen sokongan
Dalam pengurusan akaun, rekod duit masuk dan keluar sangat penting supaya kita boleh “track” ke mana pergi duit bisnes.
Simpan pula melibatkan penyimpanan maklumat berkaitan akaun. Ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu.
1. Dokumen Sokongan Duit Masuk
2. Dokumen Sokongan Duit Keluar
#formuladores #akaun #dokumensokongan #rekod #simpan #mentorakaun #easyzakat #akramamani