• Main
  • News

Hukum Dan Dalil Infaq Infaq Adalah Aktiviti Dimana

Hukum Dan Dalil Infaq Infaq Adalah Aktiviti Dimana

HUKUM DAN DALIL INFAQ

Infaq adalah aktiviti dimana kita mengeluarkan sebahagian harta kita dengan sukarela kerana nak bantu seseorang, individu, organisasi atau sesiapa pun kerana Allah S.W.T

Apakah hukum berinfaq?
Adakah dalil menyatakan tentang infaq?

Menurut pandangan yang masyhur dalam kalangan ahli fiqh, ibadah infaq hukumnya sunat

Ada banyak dalil yang menyatakan tentang infaq

Antaranya dalam al-Quran surah Al Baqarah ayat 276 yang bermaksud

“Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan bergelimang dosa.”

Selain itu, ada juga hadits riwayat Bukhari yang menjelaskan keutamaan sedekah bisa menjadikan sebuah harta yang besar layaknya gunung.

Rasulullah bersadba, "Barangsiapa bersedekah senilai satu biji kurma yang berasal dari mata pencaharian yang baik, dan Allah tidak akan menerima kecuali yang baik. Maka sesungguhnya Allah akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, kemudian dipelihara untuk pemiliknya sebagaimana seseorang di antara kalian memelihara anak kuda, sehingga sedekah itu menjadi besar seperti gunung."

Apa plan infaq hari ini?

#infaq #kongsirezeki #akramamani