• Main
  • News

Faham Syarat Wajib Zakat Sebelum Nak Berzakat Wajib

Faham Syarat Wajib Zakat Sebelum Nak Berzakat Wajib

FAHAM SYARAT WAJIB ZAKAT?

Sebelum nak berzakat, wajib tahu syarat-syarat wajib zakat.
Ada 6 syarat wajib zakat

1. ISLAM
Zakat ialah ibadah wajib untuk orang islam sahaja. Ia merupakan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menzahirkan kepatuhan diri sebagai seorang hamba.

2. MERDEKA
Bukan seorang hamba

3. MILIK SEMPURNA
Ini bermaksud harta yang nak dizakatkan miliknya sepunuhnya, tidak ada pihak lain yang berhak keatas harta tersebut.

4. CUKUP NISAB
Cukup paras minima kuantiti harta itu dikeluarkan zakat. Berbeza mengikut jenis harta. Contoh bagi Zakat Pendapatan, Wang Simpanan, Saham dan Emas, nisabnya adalah nilaian 20 mithqal (85 gram emas). Manakala nisab bagi Zakat Ternakan adalah berpandukan ukuran ketetapan yang telah dinyatakan dalam nas hadis.

5. CUKUP HAUL
Cukup haul bermaksud telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari.

6. BERKEMBANG
Harta yang akan dikenakan zakat mestilah harta yang berkembang atau berpontensi untuk berkembang. Ini bermaksud harta itu mempunyai sifat yang memberikan pulangan dan pendapatan kepada pemiliknya.

#syaratwajibzakat #zakat #easyzakat #akramamani