• Main
  • News

Rm70 Billion Harta Beku Di Malaysia Adalah Harta

Rm70 Billion Harta Beku Di Malaysia Adalah Harta

RM70 BILLION HARTA BEKU DI MALAYSIA, ADALAH HARTA PUSAKA UMAT ISLAM

Sejak PKP makin ramai memilih untuk memulakan bisnes dengan tujuan utama untuk memiliki harta bagi kesinambungan hidup dan kesenangan anak-anak.

Bila dah ada harta dan membina empire, adakah harta itu boleh diuruskan walaupun kita telah tiada?

Ramai yang tahu, 9/10 daripada RM70 Billion harta beku di Malaysia, adalah Harta Pusaka Umat Islam?

Apa yang berlaku?

Kebanyakan ibu bapa yang mempunyai harta, tidak memberitahu ahli keluarga mereka, dan akhirnya apabila mereka sudah tiada, tidak ada siapa pun tahu tentang harta terbabit dan jika anak atau adik beradik tahu, ramai yang tidak tahu cara untuk uruskannya.

Akhirnya harta itu terbiar beku… dan inilah yang mengakibatkan sesetengah anak-anak kematian ibu bapa terabai.

Kerana tiada harta yang mereka dapat warisi untuk kelansungan hidup disebabkan ibu bapa tidak melantik sesiapa untuk uruskan harta tersebut.

Mahukah kita membiarkan anak-anak tercari-cari orang untuk menguruskan tanpa ketahui latar belakang mereka?

#PewarisanHartaIslam #RancangUrusPusaka #RancangKeranaSayang #easyzakat #akramamani