PERBELANJAAN KEPERLUAN ASAS YANG DIBENARKAN
Semalam kami kongsikan dua cara pengiraan zakat
1) Pengiraan zakat dari pendapatan kasar
2) Pengiraan zakat dari pendapatan bersih
Pengiraan zakat dari pendapatan bersih melibatkan penolakan perbelanjaan keperluan asas yang dibenarkan
apakah perbelanjaan keperluan asas yang dibenarkan?
belanja untuk keperluan asas untuk meneruskan kehidupan harian yang diperlukan untuk setahun.
ada 6 perbelanjaan keperluan asas yang dibenarkan
1) Perbelanjaan diri-sendiri
2) Perbelanjaan isteri
3) Pebelanjaan anak-anak
4) Perbelanjaan ibu bapa
5) KWSP
6) Caruman ke organisasi, koperasi, institusi kewangan yang membayar zakat bagi pihak pencarum contohnya Tabung Haji
#zakat #perbelanjaankeperluanasas #easyzakat #akramamani